fbpx

Ramai terhibur Amy Search cucuk vaksin sambil menyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video ketika Amy Search menerima suntikan di sebuah pusat pemberian vaksin di Shah Alam, Selangor semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Nabila Huda berkongsi detik mencuit hati ketika bapanya yang juga penyanyi rock terkenal Amy Search menerima suntikan vaksin semalam.

Dalam video yang dikongsikan Nabila menerusi Instagramnya, Amy dilihat tenang menerima suntikan daripada petugas kesihatan yang menyuntiknya.

Bagaimanapun, reaksi spontan penyanyi berusia 62 tahun itu yang menyanyi lagu popularnya Fantasia Bulan Madu mencuri perhatian netizen.

“Alhamdulillah, siap nyanyi lagi eh. Bukan main! Jauh beza dengan video anak dia haha!” tulis Nabila pada bahagian kapsyen.

Difahamkan, video berkenaan dirakam oleh isteri Amy iaitu Norhasniza Hassan atau Nourish.

Amy menerima suntikan dos pertamanya di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor.

Rata-ratanya terhibur dengan gelagat bersahaja Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, malah tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan dia sengaja menyanyi untuk menghilangkan rasa gementar ketika disuntik.

Malah ada sesetengahnya meluahkan rasa ‘cemburu’ dengan petugas kesihatan yang bertugas pada hari tersebut kerana dapat menyuntik seorang penyanyi legenda seperti Amy selain berpeluang mendengar nyanyian secara langsung daripada lelaki itu.

“Untung jururawat tu. Amy nyanyi secara ‘live’ untuk dia. Sedapnya suara dia,” puji seorang netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI