fbpx

MKN terima banyak aduan langgar had kehadiran bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerima sebanyak 382 aduan yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian dan agensi sejak 6 Jun hingga hari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, aduan paling banyak diterima melibatkan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja.

“Sebanyak 98 aduan direkodkan melibatkan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis manakala berkaitan non-essential pula adalah sebanyak 77 aduan.

“Aduan berkaitan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) sejumlah 60 aduan,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada Malaysian Goverment Call Center (MyGCC) menerusi talian 03-80008000 atau e-mel kepada aduan.pematuhan.mkn.gov.my.. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI