fbpx

Terengganu terima bekalan 200,000 vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA NERUS – Terengganu bakal menerima bekalan tambahan lebih 200,000 vaksin Covid-19 pada bulan hadapan.

Menteri Penyelaras Vaksin, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bekalan tersebut membolehkan pemberian vaksin Covid-19 boleh ditingkatkan lebih 12,000 suntikan pada setiap hari di negeri tersebut.

“Kita juga akan hantar pasukan bergerak ‘outreach’ ke pulau-pulau (di perairan Terengganu).

“Pulau juga akan menjadi pilihan untuk pengagihan vaksin satu dos seperti Sabah, Sarawak dan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian memantau perjalanan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, antara vaksin satu dos yang dipertimbangkan untuk penghantaran ialah CanSino.

Kosmo! Online semalam melaporkan Terengganu optimis mampu mencapai imuniti berkelompok atau 80 peratus daripada penduduk negeri itu melengkapkan vaksin Covid-19 sebelum bulan November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak berkata, setakat ini, seramai 12.77 peratus atau 103,297 rakyat negeri tersebut telah melengkapkan dua dos suntikan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI