fbpx
ELYANA (kanan) melahirkan rasa teruja apabila menerima kejutan berupa tudung daripada Neelofa hari ini.

Neelofa buat kejutan, hadiahkan tudung buat Elyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyanyi Elyana menzahirkan rasa terharu selepas menerima kejutan hadiah berupa tudung jenama Naelofar daripada selebriti popular, Neelofa hari ini.

Momen gembira tersebut dikongsi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33, menerusi satu hantaran Instagramnya sebentar tadi.

ELYANA bersama hadiah yang diterimanya hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Niat itu menunjukkan beberapa kotak dan paket tudung yang dihantar kepadanya di hospital semasa menjalani rawatan radioterapi.

“Saya hari ini gembira sangat. Ceritanya, saya memang bawa satu tudung sahaja sebelum ini, tiba-tiba Neelofa beri saya banyak tudung. Memang rezeki.

“Terima kasih Neelofa. Semoga awak murah rezeki dan bahagia selalu,” katanya dalam entri tersebut.

Sementara itu, Neelofa menerusi InstaStorynya turut mengulang siar video Elyana sambil merakamkan rasa terharu serta kagum dengan semangat Elyana untuk terus kuat melawan penyakit.

Neelofa melahirkan rasa kagum melihat Elyana masih mampu tersenyum walaupun sedang sakit.

“Masya-Allah, saya pula hendak menangis tengok video ini.

“Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria walaupun dalam kesakitan. Moga Allah SWT kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulis pemilik jenama Naelofar itu.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Elyana kini menjalani rawatan radioterapi bermula semalam sebagai satu cara melawan penyakit kanser limfoma tahap lima yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu. – K! ONLINE

POPULAR