fbpx

Wales pasang strategi jumpa Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILSON mungkin disenaraikan semula dalam kesebelasan utama Wales dalam memburu kemenangan pertama pada Euro 2020. - AFP

BAKU, AZERBAIJAN – Ketua jurulatih sementara Wales, Robert Page dijangka merombak kesebelasan utama pasukan tersebut dalam usaha memburu kemenangan pertama Euro 2020 menjelang aksi menentang Turki di Stadium Olimpik Baku awal pagi esok.

Percaturan pengendali berusia 46 tahun itu sebelum ini berjaya menghadiahkan satu mata berharga buat Wales selepas mengikat Switzerland 1-1 sewaktu aksi pertama Kumpulan A pada 12 Jun lalu.

Bagaimanapun, beliau bersedia menyenaraikan semula penyerang Liverpool, Harry Wilson dalam kesebelasan utama bergandingan dengan Kieffer Moore yang meledak satu gol ketika menentang Switzerland sebelum ini.

“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi terdahulu tetapi mungkin berlaku perubahan kerana corak permainan Turki berbeza dan berbahaya.

“Kami sudah ada perancangan jika mahu mengubah taktikal dengan tiga pemain pertahanan berbanding empat ketika menentang Switzerland.

“Harry (Wilson) boleh bermain sebagai penyerang atau false nine. Kami sedar kemenangan perlu diraih ke atas Turki untuk ke peringkat kalah mati,” kata Page.

Sementara itu, Moore, 28, berharap dia dapat tampil beraksi cemerlang dalam usaha menarik perhatian kelab Liga Perdana Inggeris mendapatkan khidmatnya sebaik berakhir kempen Euro 2020.

“Keyakinan saya ditahap tertinggi selepas berjaya jaringkan gol pada aksi pertama. Saya tidak pernah jangkakan perjalanan seindah ini dan harap ia berterusan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI