fbpx

Britain diancam 100,000 kes sehari menjelang Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pejalan kaki berjalan di kota London pada 23 Disember 2020. -AFP

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberi petunjuk akan menunda tarikh penamatan perintah berkurung atau Hari Pembebasan atau selepas pakar kesihatan memberi amaran kes harian Covid-19 boleh mencecah 100,000 bulan depan, lapor laman Mirror UK kelmarin.

Johnson berkata peningkatan jumlah mereka yang dirawat di hospital merupakan satu kebimbangan yang amat serius.

Ini juga bermaksud menunda pelan hari kebebasan sehingga Julai.

Kajian pendapat yang dijalankan syarikat penyelidik Opinium menunjukkan 54 peratus orang awam bersetuju menunda hari tersebut manakala 37 peratus lagi menolak penundaan itu.

Sebanyak 90 peratus daripada jangkitan baharu di Britain adalah daripada varian Delta dengan jumlah kes meningkat dua kali ganda setiap sembilan hari.

Pakar virologi University College London, Profesor Deenan Pillay berkata jumlah jangkitan yang tinggi akan menyebabkan lebih tinggi risiko mutasi menjadi varian yang kebal dengan vaksin.

Sekiranya jumlah jangkitan terus meningkat, kemasukan ke hospital akan mencecah 2,000 sehari iaitu dua kali ganda berbanding jumlah biasa pada musim sejuk sebelum Covid-19.

Ketua Persatuan Perubatan Britain, Dr. Chaand Nagpaul berkata, impaknya bukan hanya pada kadar kemasukan pesakit ke hospital tetapi juga terhadap kesan jangka panjang terhadap golongan muda.

Strain Delta dari India adalah 60 peratus lebih mudah berjangkit dan satu suntikan vaksin Pfizer atau AstraZeneca hanya memberikan perlindungan 33 peratus terhadap varian itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI