fbpx
CHELSEA semakin ketinggalan dalam perebutan untuk ke kelompok lima pasukan terbaik bagi melayakkan diri ke UCL selepas tewas berdepan City. - AFP

EPL: Chelsea makin sukar, mula tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Chelsea, Liam Rosenior mengakui pasukannya kini berada dalam situasi sukar selepas dibelasah Manchester City 0-3 di Stamford Bridge, malam kelmarin.

Kekalahan tersebut menyaksikan The Blues tewas lima daripada enam perlawanan terakhir dalam semua kejohanan, termasuk tiga kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Lebih membimbangkan, Chelsea gagal menjaringkan sebarang gol dalam tiga aksi liga tersebut, sekali gus menjejaskan peluang mereka untuk menamatkan musim dalam kelompok lima teratas dan layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Rosenior mengakui prestasi separuh masa kedua pasukannya jauh daripada standard yang diharapkan dan Chelsea sepatutnya mampu kekal kompetitif meskipun berdepan pasukan berkualiti seperti City.

“Tidak cukup baik pada separuh masa kedua. Ia cerita yang sama sejak sebulan lalu, terutama cara kami menangani situasi selepas dibolosi.

“Apabila ketinggalan menentang pasukan seperti ini, anda perlu kekal dalam permainan untuk beberapa minit berikutnya. Tetapi, ia menjadi sangat sukar pada separuh masa kedua,” jelasnya.

Dalam masa sama, Rosenior turut mengakui isu keyakinan menjadi antara faktor utama kejatuhan prestasi pasukan ketika ini.

Chelsea kini menghuni tangga keenam liga dan ketinggalan empat mata di belakang kelompok lima teratas, sekali gus meningkatkan tekanan menjelang aksi penting minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN