fbpx

Pujuk suntik vaksin dengan ayam hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas menerima seekor ayam hidup selepas selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Cianjur. -Suarabogor.id/Fauzi Noviandi

JAKARTA – Beratus-ratus  warga emas di Desa Ciputri, Kabupaten Cianjur dalam wilayah  Jawa Barat, Indonesia terpaksa dipujuk dengan ganjaran seekor ayam hidup supaya mereka tampil  mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Selain itu, mereka juga perlu dijemput oleh petugas kesihatan untuk ke pusat vaksinasi lantaran enggan  datang secara sukarela bagi mendapatkan suntikan tersebut.

“Selain memujuk dengan baik agar warga emas menerima suntikan vaksin covid-19, mereka juga diberikan seekor ayam hidup setiap seorang sebagai tanda penghargaan mahu menerima vaksin,”Ketua Polis Pacet, Asisten Komisioner Galih Apria.

Menurut Galih, taktik memberikan ayam hidup dilihat membantu dalam meningkatkan jumlah penerimaan vaksin dalam kalangan warga emas di wilayah tersebut.

Pemberian ayam sebagai hadiah  adalah hasil usaha sama pihak polis, Jabatan Hubungan Masyarakat dan Pemerintah Desa serta Kecamatan.

“Ini adalah inisiatif kami di Jawa Barat agar golongan warga emas  mahu menerima vaksin. Ayam hidup ini diberikan sebagai hadiah buat mereka sama ada mahu disembelih untuk dijadikan makanan atau dipelihara.

“Setakat ini, sambutan warga emas pada inisiatif ini memberangsangkan dan mereka bersemangat untuk menerima suntikan dos kedua,” jelas Galih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI