fbpx

Permohonan Syed Saddiq dan 12 individu didengar 12 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq (belakang, tiga dari kiri) bersama penyokongnya selepasnya mengemukakan permohonan rasmi penubuhan MUDA di RoS baru-baru ini. GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Permohonan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuannya agar Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didaftarkan sebagai sebuah parti politik, akan
didengar di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos ini.

Turut mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar tindakan tersebut ialah 12 individu lain selaku pemohon.

Pemohon serta Menteri Dalam Negeri dan RoS (responden-responden) diarah memfailkan penghujahan bertulis sebelum atau pada 5 Ogos ini manakala responden memfailkan afidavit balasan
sebelum 15 Julai ini.

Perkara itu dimaklumkan kepada pihak media oleh peguam Lim Wei Jiet yang mewakili pemohon-
pemohon selepas pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar
Firdaus Sidqi Sharil Azli.

Peguam Persekutuan M. Kogilambigai mewakili Menteri Dalam Negeri dan RoS.

Pada 25 Mei lalu, Hakim Datuk Noorin Badaruddin membenarkan pemohon-pemohon memulakan
semakan kehakiman untuk mencabar tindakan responden-responden yang masih masih belum membuat keputusan berhubung rayuan mereka yang dikemukakan pada 4 Februari lalu untuk mendaftarkan parti berkenaan.

Pada 26 April lalu, Syed Saddiq yang merupakan pengasas parti itu serta 12 individu selaku pemohon
memfailkan permohonan dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan RoS sebagai responden pertama dan kedua. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI