fbpx
Tangkap layar gelagat pegawai khas kepada Syed Saddiq iaitu Amir Jack ketika larian kesyukuran Putrajaya-Muar yang tular di media sosial.

[VIDEO] Amir Jack sanggup baring tepi jalan demi Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat Pegawai Khas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Amir Fikri atau dikenali sebagai Amir Jack, sanggup baring di bahu jalan demi mendapatkan rakaman terbaik ketika Misi Larian Kesyukuran.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok, @Ibubaby04, Amir Jack dilihat bersungguh-sungguh mencari sudut rakaman terbaik untuk merakam Syed Saddiq yang sedang berlari di sepanjang laluan di Negeri Sembilan, semalam.

Perkongsian itu turut disertakan kapsyen, ‘Baiknya kamu (Amir Jack), demi sahabat (Syed Saddiq),’ katanya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial terhibur dengan aksi Amir Jack yang disifatkan sanggup melakukan apa sahaja demi Syed Saddiq.

“Dah kenapa Jack tu? Penat sangat ikut YB Syed Saddiq lari,” komen @Maznah.

“Terbaik Jack, ingatkan pengsan,” tulis seorang lagi pengguna.

“Demi nak gambar YB nampak cantik, Jack dan Team Saddiq semua terbaik,” komen @Cikna.

“Jack tak ada memang tak seronok. Salah satu watak penting dalam fenomena BASS,” kata @Yasmin.

Sebelum ini, Amir Jack pernah diumumkan sebagai calon Ikatan Demokratik Malaysia bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Maharani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pada PRN Johor lalu, Amir Jack memperoleh 2,495 undi, namun tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Ashari Md. Sarip yang meraih 10,570 undi.

Penampilan sulungnya dalam pilihan raya itu tidak berjaya membawanya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri. – KOSMO! ONLINE

@ibubaby04 Baiknya kamu @Amir Fiqri …Demi Sahabat Yb @Syed Saddiq ..😭😭 #syedsaddiq #bellaastillah #masukberanda #artismalaysia #fyppppppppppppppppp ♬ suara asli – BPROJECT OFFICIAL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN