fbpx

Langkah Swiatek makin tersusun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran Kontaveit untuk menempah slot pusingan keempat. – AFP

PARIS – Juara bertahan, Iga Swiatek tidak mempunyai ma­salah untuk melangkah ke pu­singan keem­pat Terbuka Pe­rancis selepas menewaskan pilihan ke-30, Anett Kontaveit dengan kemenangan straight- set 7-6, 6-0 awal pagi semalam.

Kata Swiatek, aksi yang dipamerkan masih belum cukup memuaskan kerana gagal memberikan tumpuan penuh apabila membuka banyak ruang buat Kontaveit membalas serangan pada set pertama.

“Secara jujur, saya masih belum cukup panas pada set pertama dengan memberi banyak ruang peluang buat Kontaveit menguasai perlawanan tetapi saya gembira akhirnya keputusan masih memihak kepada saya pada tie-break set pertama.

“Bersambung pada set ke­dua, saingan lebih mudah de­ngan strategi serta setiap pukulan yang saya lakukan membuahkan hasil sehingga memaksa dia melakukan kesi­lapan yang tidak sepatutnya dibuat,” katanya yang diletakkan sebagai pilihan kelapan.

Swiatek yang juga atlet kelahiran Poland dijadualkan bertemu dengan pemain muda sensasi dari Ukraine, Marta Kostyuk yang berjaya mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Varvara Gracheva de­ngan keputusan 6-1, 6-2.

Sementara itu, pemain pilihan ke-17, Maria Sakkari terpaksa bekerja keras untuk menempah tiket ke pusingan keempat apabila berjaya menafikan cabaran pilihan ke-14, Elise Mertens dengan kemenangan sehingga ke set penentuan 7-5, 6-7, 6-2.

“Ini adalah perlawanan terbaik yang saya harungi sejak sekian lama. Mertens sememangnya tidak memberikan laluan mudah khususnya pada dua set pertama. Mungkin pada set terakhir dia sudah kepenatan dan dari situ saya mengambil kesempatan untuk menang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI