SAINGAN Terbuka Perancis berakhir kira-kira 10 hari lalu dengan bintang Russia, Mirra Andreeva mengesahkan kemenangan dan merangkul gelaran pertama Grand Slam. Bagaimanapun, fokus kali ini adalah pemain yang menjadi lawan Andreeva pada pentas, Maja Chawalinska dari Poland yang mencipta kejutan apabila bermula dari pusingan kelayakan hingga ke pentas final. Chawalinska bukan beraksi satu perlawanan kelayakan, tetapi tiga aksi sebelum ke undian utama dan keseluruhan turun ke gelanggang sebanyak sembilan kali berbanding Andreeva hanya tujuh kali. Pemain berusia 24 tahun itu…














