fbpx

Kilang kayu beroperasi tanpa lesen disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguatkuasa JPNPk ketika melakukan pemeriksaan di sebuah kilang kayu di Sungai Siput yang beroperasi secara haram baru-baru ini.

SUNGAI SIPUT- Pemilik sebuah kilang kayu di sini bukan sahaja melanggar undang-undang kerana beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah tidak memperbaharui lesen yang tamat hampir setahun lalu.

Dia bersama tiga pekerja termasuk dua warga asing ditahan pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dan penguat kuasa Daerah Hutan Kuala Kangsar selepas kilang kayu miliknya diperiksa pada Jumaat lalu.

JPNPk dalam satu kenyataan memberitahu, mereka yang berusia 30 hingga 65 tahun itu ditahan semasa operasi pemantauan dan semakan kilang berasaskan kayu yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Semakan mendapati pemilik kilang tidak memperbaharui lesen sejak 30 Jun tahun lalu dan tiada permohonan baharu dikemukakan selepas tarikh itu.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Siput (Utara) berhubung kes berkenaan dan kesemua yang ditahan telah dilepaskan dengan jaminan polis setelah diambil keterangan,” ujar kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kesemua mereka ini berdepan dengan tindakan dakwaan atas kesalahan menjalankan aktiviti kilang tanpa mendapatkan lesen sah di bawah Enakmen Berasaskan Kayu (EIBK).

Turut disita dalam operasi tersebut ialah empat unit pengisar kayu, empat unit mesin silo, lima longgok kayu yang dipotong pendek serta sebuah mesin belah kayu dan mesin drum chipper. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI