fbpx
Kejadian kemalangan membabitkan trak pasukan FRU dan lori muatan batu yang mengorbankan sembilan anggota pasukan itu di Teluk Intan, tahun lalu.

Waris anggota FRU jangan ‘segan’ mohon bantuan susulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Waris sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya setahun lalu diminta segera menghubungi ketua polis negeri masing-masing sekiranya masih terdapat kekurangan bantuan diterima.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited menjaga kebajikan anggota termasuk keluarga mereka yang terkorban ketika menjalankan tugas.

“Jika ada mana yang kurang, saya minta berhubung dengan ketua polis negeri masing-masing,” katanya selepas merasmikan majlis penutup PDRM Special Dialogue V 2026 di sini hari ini.

Menurut beliau, bantuan melibatkan keperluan asas dan insurans kepada waris sebelum ini telah disalurkan dengan sempurna.

Dalam perkembangan sama, Mohd Khalid berkata, PDRM turut memperkemas prosedur operasi standard (SOP) terutama membabitkan penugasan konvoi berskala besar bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Katanya, penambahbaikan SOP serta peraturan ditetapkan diharap mampu mengurangkan risiko kemalangan sama ada ketika bertugas mahupun di jalan raya.

“Kita sentiasa mengambil berat bagi memastikan keselamatan para anggota dan pegawai PDRM,” ujarnya.

Beliau berkata, PDRM menerima peruntukan kerajaan bagi mempertingkatkan aspek logistik, peralatan dan kenderaan baharu untuk kegunaan pasukan keselamatan itu.

“Saya percaya ia akan memberi semangat yang lebih kuat kepada semua petugas PDRM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN