fbpx
Fazley memohon orang ramai berhenti melemparkan kecaman terhadap para peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Kritik membina berbakul-bakul tak apa, jangan keji – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob memohon orang ramai berhenti melemparkan kecaman terhadap para peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

Menurut Fazley, orang ramai sepatutnya memberi komen positif kepada para peserta berbanding kecaman yang boleh melunturkan semangat.

“Sebagai sebahagian daripada keluarga TTMM2, jomlah sokong anak-anak yang sedang bertanding itu.

“Cubalah tahan diri daripada mengutuk dan mengeji. Kritikan membina berbakul-bakul pun tak apa tetapi yang menghancurkan semangat budak-budak itu, mohon dihentikan,” katanya dalam Threads.

Fazley menambah, dia menasihatkan kepada netizen agar mengelak daripada menonton program tersebut sekiranya tidak suka dengan persembahan atau peserta yang bertanding.

“Tak suka jangan tengok tapi kalau tetap nak lihat, jangan pula sengaja cari bahan nak kutuk.

“Kalian pergi makan kedai popular pun belum tentu semua orang kata makanan dia sedap 100 peratus namun kalian tetap makan bukan?

“Kalau sudah makan dan tidak suka, tak payah datang balik, jangan komen negatif,” ujarnya.

Minggu lalu, Fazley selaku pengurus anaknya, Fariedz Fazley mendapat markah terendah iaitu 69.67 peratus pada konsert minggu keempat TTMM2 sekali gus menjadi peserta kedua tersingkir dari program tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN