fbpx
SIEW FOOK bersama Fadhlina menyempurnakan gimik Peluncuran Program MyLesen B2 Sekolah di Austin International Convention Centre (AICC), Taman Mount Austin, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

60,000 pelajar bakal dapat lesen motosikal percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kerajaan memperuntukkan lebih RM18.5 juta kepada 60,000 pelajar bagi mendapatkan lesen motosikal secara percuma menerusi Program MyB2S tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, daripada jumlah itu, seramai 8,200 pelajar di Johor dikenal pasti untuk menyertai program tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM2.46 juta.

Katanya, program itu dilaksanakan bagi membantu khususnya pelajar tingkatan empat dan lima mendapatkan lesen motosikal B2 secara sah, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dalam kalangan golongan muda.

“Program MyB2S melengkapi pelaksanaan Program MyLesen B2 yang diperkenalkan sejak 2023 bagi membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu yang sah secara percuma atau subsidi kerajaan.

“Tahun ini, seramai 30,000 peserta dijangka menerima manfaat menerusi MyLesen B2 dengan peruntukan RM10.5 juta,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian MyLesen B2 Sekolah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek.

Siew Fook berkata, inisiatif tersebut mampu mengurangkan jumlah penunggang haram selain memberi peluang kepada rakyat khususnya golongan muda dan B40 memiliki lesen memandu yang sah.

Katanya, inisiatif tersebut dilihat wajar kerana ramai pelajar menunggang motosikal ke sekolah lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.

“Ini masalah besar kepada kita. Jika kita nak buat sekatan jaran raya, ramai pelajar sekolah dikenakan tindakan, lebih teruk lagi mereka tidak pergi ke sekolah.

“Oleh itu, kita ambil pendekatan mencari jalan penyelesaian, tambahan pula mod pengangkutan bas awam juga berkurangan. Jadi, kita bantu pelajar keluarga B40 untuk mendapatkan lesen secara percuma,” katanya.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan akan memain peranan dengan berkongsi maklumat dan mengenal pasti pelajar yang layak untuk mendapat inisiatif tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN