fbpx

Kian Meng alih tumpuan ke aksi Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIAN MENG (kanan) mengakui terpaksa beralih fokus dengan memberikan tumpuan kepada Kejohanan Dunia selepas gagal ke Olimpik

PEMAIN beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng akur dengan keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak mengubah tarikh tutup aksi kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

Meskipun keputusan badan induk badminton dunia itu menjejaskan peluangnya untuk ke Olimpik, namun Kian Meng yang bergandingan dengan Lai Pei Jing mengakui mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Namun, dia menyatakan komitmen untuk terus melakukan persediaan bagi menghadapi Kejohanan Dunia yang dijadualkan berlangsung di Huelva, Sepanyol bermula 29 November hingga 5 Disember depan.

“Berhubung keputusan BWF saya tidak boleh cakap apa-apa kerana ia dibuat berdasarkan si­tuasi semasa pandemik Covid-19. Selepas ini kami hanya akan fokus ke arah Kejohanan Dunia.

“Mengenai Olimpik, memang saya dan Pei Jing rasa agak sukar untuk layak tetapi kami sudah buat yang terbaik dalam kejohanan yang disertai sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Sebagai rekod, Kian Meng-Pei Jing kini menghuni ranking ke-11 dunia, dibezakan empat kedudukan dengan beregu campuran No.1 negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di tangga ketujuh.

Bagi acara beregu, setiap negara boleh menghantar dua wakil ke Olimpik sekiranya kedua-dua pasangan berada dalam kedudukan lapan teratas ranking BWF.

Tambah Kian Meng, mereka kini sedang giat menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara selepas me­nerima pelawaan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Sekarang kami berlatih dengan Peng Soon-Liu Ying di ABM. Lega dapat jalani latihan di sini, namun pemain-pemain lain di luar sana tidak dapat berlatih kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat oleh kerajaan ketika ini kerana pandemik Covid-19,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI