fbpx

Puluhan mukim, kampung, taman perumahan kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 21 Mukim dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula lusa hingga 12 Jun ini ekoran berlaku peningkatan amat ketara iaitu 370 peratus atau 349 kes dalam tempoh dua minggu di semua lokaliti tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara mukim terlibat ialah, Mukim Manir, Mukim Bukit Besar, Mukim Pengadang Buluh, Mukim Belara, Mukim Paloh dan Mukim Kubang Parit.

“Sebanyak 46 kes positif Covid-19 direkodkan hasil saringan bergejala dan ia dikesan hampir semua mukim dalam daerah Kuala Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan turut mengenakan PKPD di Felda Jengka 24, Jerantut dan Kampung Baru Melayu, Mukim Bentong, Pahang dalam tempoh yang sama dengan KKM mendapati berlaku penularan kes dengan kebolehjangkitan yang tinggi di kawasan berkenaan.

Tambahnya, arahan PKPD turut dikeluarkan melibatkan Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru, Johor berikutan kadar positiviti tinggi iaitu 76.15 peratus dengan sebanyak 99 kes dikesan hasil 130 ujian saringan yang dijalankan.

Selain itu, Taman Pertama dan Taman Serendah di Daerah Sabak Bernam, Selangor yang merekodkan 113 kes hasil daripada 1,237 ujian saringan turut dikenakan PKPD bermula 30 Mei hingga 12 Jun ini.

Katanya, tiga lagi lokaliti di Tawau, Sabah melibatkan Kampung Pasir Putih Blok B, Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Balung dan Kampung Baru Pasir Putih dikenakan PKPD selama 14 hari dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan pelanjutan PKPD di Kampung Lubok Redan, Alor Gajah, Melaka yang sepatutnya tamat esok disambung sehingga 12 Jun ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI