fbpx

MAFI anjur webinar Sekuriti Makanan Negara 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini buat julung kalinya mengadakan Webinar Sekuriti Makanan Negara 2021 secara maya dengan bertemakan ‘Sekuriti Makanan Negara: Merealisasikan Keperluan Rakyat’.

Webinar berkenaan diadakan bertujuan membincangkan isu cabaran dan hala tuju sekuriti makanan negera meliputi aspek pemodenan, nutrisi dan sistem makanan dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dalam ucaptamanya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, pihaknya memberi penekanan kepada beberapa aspek yang perlu diutamakan dalam memastikan sekuriti makanan negara terjamin.

“Antara aspek yang ditekankan oleh MAFI adalah keberadaan makanan yang selamat dengan harga berpatutan di pasaran, meningkatkan pengeluaran makanan secara domestik, mengurangkan kebergantungan kepada import makanan dan penggunaan tenaga asing.

“MAFI turut memberikan penekanan dari aspek kesiapsagaan negara dalam menghadapi krisis sekuriti makanan, kerjasama dan komitmen daripada pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan
kerajaan negeri dan rakyat serta kerjasama antara negara lain dalam bidang diplomasi makanan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, MAFI telah dan akan meneruskan usaha untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi melalui hala tuju yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 dan Dasar Agromakanan Negara 2.0, 2021-2030 (DAN 2.0).

“RMK-12 akan memberi penekanan kepada inisiatif untuk meningkatkan produktiviti, memperkasa sistem sokongan dan perkhidmatan serta memperkukuh rantaian nilai makanan ke arah
meningkatkan daya tahan sistem makanan secara menyeluruh.

“DAN 2.0 akan akan menyokong pelaksanaan agenda Sustainable Development Goals (SDGs) 2030 dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, selain menyumbang kepada pencapaian aspirasi Malaysia dalam konteks ekonomi, pengurusan sosial dan kemampanan alam sekitar di bawah sektor agromakanan bagi tempoh sedekad yang akan datang,” jelas beliau.

Tambah beliau, segala cadangan dan input yang diterima melalui webinar tersebut akan dimanfaatkan oleh kerajaan untuk menambah baik cadangan pelan tindakan dasar sekuriti makanan negara.

“Cadangan dan input yang diterima menerusi webinar ini juga akan turut dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat,” ujar beliau. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI