fbpx

Imam, 3 jemaah surau Kampung Pauh Lima mengaku solat dalam gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Pauh Lima menjalani ujian saringan Covid-19 di surau kampung itu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Empat daripada lebih 10 jemaah surau Kampung Pauh Lima di sini mengaku mereka menunaikan solat sunat tarawih secara beramai-ramai tanpa penjarakan fizikal di dalam gelap sepanjang bulan Ramadan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, hasil keterangan awal daripada empat individu termasuk seorang imam mendapati mereka menunaikan solat tarawih dalam keadaan itu hampir setiap malam.

“Setakat ini, hanya empat daripada jemaah surau itu yang mengaku manakala yang lain kita masih belum temui kerana mereka kini positif jangkitan Covid-19 dan sedang menjalani tempoh kuarantin.

“Polis masih menyiasat mengenai kejadian itu kerana mereka menunaikan solat tanpa penjarakan fizikal ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, jemaah surau di Kampung Pauh Lima di sini menunaikan solat tarawih tanpa penjarakan fizikal di dalam gelap semasa bulan Ramadan lalu.

Perbuatan mereka itu sekali gus menyebabkan jangkitan Covid-19 menular di kampung itu sehingga mencetuskan Kluster Pauh Lima sebelum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Mei lalu sehingga 1 Jun depan.

Mengulas lanjut, menurut Shafien, kes melibatkan jemaah yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) di kampung itu disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Tambahnya, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI