fbpx

Pemilik akur, serah anak harimau comel kepada pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
India ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – Houston Police Department

HOUSTON, TEXAS – Pemilik seekor anak harimau berusia 9 bulan yang sebelum ini dilihat berkeliaran di sebuah kejiranan di negeri Texas akhirnya menye­rahkan haiwan tersebut kepada pihak berkuasa, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Jabatan Polis Houston yang menjumpai haiwan terbabit Sabtu lalu selepas ia dilaporkan hilang, menyiarkan kenyataan dalam akaun Twitter rasminya tentang penemuan itu.

“Kami gembira untuk me­laporkan bahawa anak harimau yang hilang dan dilihat di sebuah kejiranan di Houston sudah dijumpai.

“Haiwan comel itu berada dalam keadaan selamat,” demikian menurut kenyataan tersebut.

 

 

Anak harimau jantan diberi nama India itu memiliki berat 75 kilogram. Ia ditempatkan di pusat perlindungan haiwan di bandar itu sebelum dibawa ke pusat jagaan haiwan liar Cleveland Amory Black Beauty Ranch kelmarin.

Pemilik haiwan itu merupakan pasangan Gia Cuevas dan suaminya, Victor Hugo Cuevas.

Komander Jabatan Polis Houston, Ron Borza dalam satu sidang akhbar memaklumkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk memiliki dan menyimpan harimau sebagai haiwan peliharaan, tambahan pula di kawasan kejiranan.

“Tidak ada satu keadaan pun yang membenarkan seseorang untuk memiliki dan menyimpan harimau di kawasan perumahan.

“Haiwan itu boleh membesar sehingga berat 280 kilogram serta masih mempunyai kuku tajam dan boleh menyebabkan kecederaan jika ia mahu,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI