fbpx

Bukan kami punca sebar Covid-19 – pelajar UniSZA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA NERUS – Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kesal disalah anggap sebagai punca penyebaran Covid-19 sehingga kampus Gong Badak di sini diarah tutup selama 14 hari sehingga 30 Mei ini oleh Jabatan Kesihatan Terengganu semalam.

Salah seorang penuntut yang hanya mahu dikenali sebagai Ain, 22, menegaskan, kesemua 450 pelajar UniSZA yang memilih tidak pulang beraya rata-ratanya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak pernah keluar meninggalkan kolej kediaman masing-masing.

Lebih menyedihkan katanya, jangkitan Covid-19 itu dikatakan berpunca daripada seorang kakitangan UniSZA yang pulang dari zon merah tetapi tidak mengisytihar status kesihatannya.

“Kami hanya sesekali turun untuk membeli dan mengambil makanan, malah tidak melakukan sebarang aktiviti bersama pelajar lain.

“Hendak keluar dari kampus pun susah, jadi mana logiknya virus Covid-19 berpunca dalam kalangan pelajar (UniSZA)?,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Di laman sosial Twitter juga ramai pelajar UniSZA yang menyatakan rasa tidak puas hati apabila mereka dianggap punca penyebaran virus berkenaan.

Berita berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/05/18/kampus-unisza-diarah-tutup-16-positif-covid-19/

Kosmo! hari ini melaporkan sebanyak 16 kes positif Covid-19 melibatkan kakitangan dan pelajar UniSZA sehingga memaksa kampus institusi pengajian tinggi itu ditutup selama dua minggu bagi kerja-kerja sanitasi.

Difahamkan, penularan virus berkenaan juga dipercayai telah merebak kepada ahli keluarga kakitangan UniSZA terlibat.

Sebelum ini, surat pekeliling dikeluarkan universiti berkenaan mengarahkan semua pelajar di kampus serta mereka yang pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu lalu untuk menjalani ujian saringan Covid-19 telah tular di media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI