fbpx

Kampus UniSZA diarah tutup, 16 positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Gong Badak, Kuala Nerus diarah tutup selama 14 hari sehingga 30 Mei ini berikutan penularan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, setakat ini, 16 warga UniSZA terdiri daripada kakitangan dan pelajar telah disahkan positif Covid-19.

“Penutupan UniSZA selaras dengan Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sepanjang tempoh 14 hari itu, kerja-kerja sanitasi dalam dilakukan di kawasan kampus selain bagi membolehkan pengesanan kontak rapat bagi setiap kes positif berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, semua kakitangan dan pelajar UniSZA diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan wabak berkenaan.

Ujarnya, mereka termasuk pelajar yang telah pulang ke kampung pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini perlu segera menjalani ujian kesihatan sekiranya mengalami sebarang gejala Covid-19.

Sebelum ini, tiga kampus UniSZA di Gong Badak; Tembila, Besut dan Perubatan di sini pernah ditutup selama dua minggu mulai 4 Oktober tahun lalu selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI