fbpx
Tangkap layar video ucapan wanita berkenaan yang tular di media sosial.

Wanita Rohingya kena kecam ‘kutuk’ Malaysia, Indonesia dan Thailand 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ucapan seorang wanita etnik Rohingya pada majlis graduasi di sebuah universiti di luar negara mencetuskan perdebatan hangat selepas dia secara terbuka menyentuh layanan terhadap komunitinya di beberapa negara Asia Tenggara.

Dalam ucapan berkenaan, dia mendakwa penderitaan komuniti Rohingya tidak berakhir walaupun mereka telah meninggalkan Myanmar.

Wanita itu turut menyebut Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai negara terlibat serta mendakwa masih wujud pelbagai bentuk diskriminasi dan eksploitasi terhadap pelarian Rohingya di negara-negara tersebut.

Antara dakwaan yang dibangkitkan termasuk isu penahanan kanak-kanak di pusat imigresen, penyebaran ucapan kebencian di media sosial serta kegiatan pemerdagangan manusia.

“Walaupun kami telah melarikan diri dari Myanmar, keganasan itu terus menghantui kami. Anda mungkin mengenali Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai destinasi percutian untuk anda dan keluarga.

“Di Malaysia hari ini, lebih daripada 2,000 kanak-kanak Rohingya dikurung di pusat imigresen, membesar di sebalik jeriji besi dan bukannya di dalam bilik darjah. Di Indonesia, ucapan kebencian, maklumat palsu dan disinformasi membanjiri media sosial. 

“Orang memanggil kami haiwan berkulit gelap, sampah lautan dan monyet. Di Thailand, pemerdagangan manusia memperdagangkan tubuh orang Rohingya seolah-olah mata wang. Lelaki dipaksa menjadi buruh. Wanita hilang tanpa dikesan.Seluruh keluarga musnah,” katanya.

Ucapan tersebut menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, antaranya menganggap kenyataan itu keterlaluan serta tidak menggambarkan keadaan sebenar.

“Ucapan pun dibuat tanpa kajian menyeluruh. Kenapa negara-negara yang dia sebut itu menghadapi masalah dengan rakyat mereka, langsung tidak diterangkan dengan betul,” komen seorang pengguna.

“Bila berkata-kata tanpa buat kajian sebetul-betulnya dan isu semasa yang sedang berlaku beginilah jadinya,” ujar yang lain.

“Dah berpelajaran, tak kenang budi juga. Tu pun ada cadangan suruh sediakan pendidikan, dia kutuk negara kita,” tambah netizen lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN