PETALING JAYA – Status warga emas dengan usia sudah menjangkau 77 tahun sedikitpun tidak menjadi penghalang buat Che Saad Nordin untuk meneruskan misinya berkayuh sejauh 2,500 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Che Saad atau lebih mesra disapa Pak Ad akan memulakan kayuhan pada 25 Julai ini selama enam minggu bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai jasa pejuang negara. Kayuhan solo Merdeka69 buat kali ke-13 itu turut membawa misi memperkenalkan Jalur Gemilang kepada generasi muda selain……














