fbpx

CITF tambah khemah, kerusi atasi kesesakan di PPV Stadium Titiwangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular orang awam menunggu giliran dalam keadaan sesak di PPV Stadium Titiwangsa hari ini.

PUTRAJAYA – Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF) akan menambah empat unit khemah menunggu dan 500 kerusi secepat mungkin bagi mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Titiwangsa di ibu negara pada hari ini.

CITF menerusi kenyataan akhbar berkata, kesesakan itu terjadi kerana laluan kenderaan masuk ke kawasan tersebut agak kecil, selain bilangan khemah dan kerusi di ruang menunggu bagi mereka yang hadir mendapatkan imunisasi agak terhad.

Katanya lagi, kapasiti PPV adalah seramai 1,600 orang sehari dan jumlah itu bertambah dengan bilangan pengiring seterusnya menyebabkan jumlah orang ramai yang berada di lokasi adalah berganda dalam satu-satu masa.

“Keadaan ini semakin buruk apabila hujan dan kenderaan yang menghantar para penerima vaksin berebut menghentikan kenderaan masing-masing berdekatan dengan pintu masuk,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular satu rakaman video orang awam menunjukkan PPV Stadium Titiwangsa sesak dengan kehadiran orang ramai termasuk warga emas beratur panjang di bahagian pendaftaran untuk menunggu giliran. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI