fbpx

Covid-19: ICU HTJ di NS hampir penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laman Facebook rasmi HTJS berkongsikan gambar beberapa buah was biasa kini ditukar menjadi semi-ICU.

SEREMBAN – Kadar penggunaan katil rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban hampir penuh dan kini beberapa buah wad biasa di hospital berkenaan ditukar menjadi semi-ICU.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata, di HTJS, terdapat 10 katil di ICU untuk menempatkan pesakit Covid-19 yang kritikal dan tambahan empat lagi katil di Hospital Tampin (HT).

Menurutnya, bagi memastikan kelancaran proses rawatan pesakit Covid-19 terutamanya yang memerlukan mesin bantuan pernafasan, beberapa buah wad biasa ditukar fungsinya menjadi semi-ICU.

“Kita kini ada dua hospital bagi menempatkan pesakit Covid-19 iaitu di HT dan HTJS. Di HTJS memang ICU hampir penuh dan bagi menampung peningkatan kes pesakit Covid-19 yang kritikal dan memerlukan mesin bantuan pernafasan di negeri ini, HTJS telah menukar fungsi beberapa buah wad biasa menjadi semi-ICU memandangkan ICU hampir penuh.

“Setakat ini kita gunakan mesin bantuan pernafasan yang ada. Bagi langkah awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilang (JKNNS) juga telah memohon bantuan mesin bantuan pernafasan dari Kementerian Kesihatan (KKM) jika keadaan memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini tadi.

Veerapan berkata, sekiranya terdapat keperluan tambahan untuk pesakit Covid-19, kemungkinan salah sebuah hospital di negeri ini akan dibuka sebagai hospital Covid.

Menurutnya, Hospital Rembau tidak lagi digunakan untuk tujuan rawatan pesakit Covid-19 dan hospital berkenaan juga dalam keadaan ‘defective period’ serta terdapat kerja-kerja yang perlu dilakukan dalam tempoh berkenaan.

“Kita ada kes Covid-19 yang tidak dijangka boleh berlaku di Simpang Pertang, Jelebu. Kes ini berlaku kerana individu tidak mematuhi SOP yang ditetapkan sehingga berlaku penularan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI