SEBERANG PERAI – Penduduk Kampung Mengkuang Titi, Bukit Mertajam di sini bimbang akan keselamatan mereka apabila lori seberat 40 tan yang membawa muatan kelapa didakwa sering menjadikan laluan kampung sebagai jalan utama menuju ke sebuah kilang. Situasi itu bukan sahaja mengundang risiko kemalangan, malah menyebabkan penduduk hidup dalam kebimbangan setiap kali kenderaan berat terbabit melalui kawasan kampung tanpa mengira masa. Salah seorang penduduk, Mastura Zakaria, 40, berkata, kenderaan berat berkenaan bukan sahaja membuat bising dan kesesakan, malah turut mengancam keselamatan…














