TAMPIN – Kurang empat bulan dari serangan lalat pada hujung Februari lalu, Kampung Ulu Air Kuning Selatan, di sini, kembali diserang ribuan lalat sehingga mengganggu kehidupan harian penduduk di situ. Salah seorang penduduk, Rosmawati Jaafar, 52, berkata, dia sudah menetap di situ sejak lapan tahun lalu, serangan lalat ini sangat merimaskan apabila kurang setengah tahun sahaja sudah dua kali dalam tempoh yang panjang dia berperang dengan lalat. “Kali ni mula dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Rabu lalu. Lalat banyak sangat…














