fbpx

Wanita positif Covid-19 tanggal gelang pergi ke klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita warga emas dikompaun selepas menanggalkan gelang merah jambu dan keluar ke sebuah klinik di Klau semalam.

RAUB – Seorang wanita warga emas dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 selepas melanggar perintah kuarantin dengan keluar dari rumah selepas menanggalkan gelang merah jambu dipakainya.

Dalam kejadian di Kampung Sungai Ruan di sini, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan kuarantin di rumah bagi menunggu keputusan ujian calitan Covid-19.

Bagaimanapun wanita yang tinggal seorang diri itu bertindak membuang gelang merah jambu untuk pergi ke sebuah klinik  bagi mengambil ubat selepas bergejala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, pihak Pejabat Kesihatan Daerah telah menelefon wanita berkenaan semalam bagi memaklumkannya positif Covid-19 tetapi dia didapati tiada di rumah.

“Pihak polis telah ke rumah orang kena kompaun dan dimaklumkan oleh penghuni rumah bahawa wanita tersebut telah keluar ke klinik.

“Setibanya di klinik pihak polis mendapati orang kena kompaun berada di klinik dan mengaku telah menanggalkan gelang merah jambu yang dipakainya dan meninggalkannya di rumah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, wanita berkenaan dikenakan kompaun di bawah Seksyen 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang merah jambu.

Sementara itu beliau berkata, dalam kejadian berasingan tiga lelaki dikompaun kerana berkumpul tanpa penjarakan fizikal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ujarnya, ketiga-tiga lelaki berusia 59, 65 dan 72 tahun itu dikompaun di bawah Seksyen 25 (a) PPPDPPB (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI