fbpx

Dua lelaki ditangkap rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang dinaiki dua suspek tersebut.

JEMPOL – Seorang pemandu kenderaan e-hailing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap susulan gagal mengemukakan dokumen rentas negeri dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Ladang Gaddes, di sini, 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pemandu berkenaan iaitu lelaki berusia 44 tahun itu beralamat di Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur disyaki terlibat dalam pengangkutan migran yang diseludup dan gagal mengemukakan apa-apa dokumen kebenaran perjalanan rentas negeri.

Menurutnya, lelaki berkenaan telah melanggar peraturan  prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) PPPPB 2021.

“Manakala, seorang lagi lelaki iatu PATI yang merupakan penumpang kenderaan berkenaan ditangkap kerana gagal mengemukakan apa-apa dokumen pengenalan diri serta tiada dokumen kebenaran perjalanan rentas daerah mahupun negeri kerana melanggar peraturan SOP PKP di bawah peraturan 4 (1) PPPPB (NO. 3) 2021.

“Dalam tangkapan ini, polis turut merampas sebuah kereta jenis Produa Aruz dan tiga telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Chang Hook berkata, pemandu e-hailing berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan PPDPP Berjangkit 2021.

“Pemandu grab berkenaan ditahan reman selama empat hari, manakala pati yang ditangkap pula ditahan reman selama dua minggu bermula hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI