fbpx
Sultan Ibrahim (kiri) menerima menghadap Abdul Halim di Istana Negara hari ini. - Foto FACEBOOK Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Agong zahir nasihat kepada KP SRPM, banteras rasuah tanpa pilih kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat agar kepimpinan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan amanah yang dipikul dengan penuh integriti serta tanggungjawab dalam usaha memperkukuh pembanterasan rasuah di negara ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah, usaha membanteras rasuah perlu dilaksanakan secara berterusan, tegas dan tanpa pilih kasih bagi memastikan integriti serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman di Istana Negara, hari ini.

Pada 25 April lalu, Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan Abdul Halim yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa 13 Mei lalu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilaporkan berkata, kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, Abdul Halim akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara.

Abd Halim dilantik bagi tempoh kontrak selama dua tahun, berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026 sehingga 12 Mei 2028. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN