fbpx
Sazalee (gambar kecil).

4 lelaki ditahan bakar mercun di Himpunan Tangkap Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pembakaran mercun ketika Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, setakat ini siasatan terhadap kesemua suspek lelaki tersebut masih dijalankan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan pertuduhan selanjutnya. Dalam masa yang sama kesemua suspek diberi jamin polis,” katanya ringkas hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! Online melaporkan, perhimpunan Tangkap Azam Baki di Jalan Tuanku Abdul Rahman dicemari insiden bunyi letupan dipercayai mercun serta kekecohan kecil melibatkan beberapa individu selepas himpunan berakhir.

Polis kemudiannya membuka kertas siasatan selepas berlaku letupan dipercayai mercun yang mencetuskan kekecohan kecil ketika himpunan berkenaan berlangsung di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran Kompleks Sogo.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 selain polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur sabotaj dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN