fbpx
TULAR tiga lelaki berkostum toyol menunggang secara berbahaya berbahaya. -Tangkap Layar Video

‘Toyol’, ‘pocong’ tunggang motosikal secara berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Tular satu video di media sosial yang memaparkan tiga lelaki yang berpakaian seperti toyol dan pocong sedang merayau dengan menunggang motosikal secara berbahaya di pusat bandar Lubuklinggau di Sumatera Selatan, lapor portal berita detik sumbangsel.

Dalam video yang tular itu, kelihatan dua individu memakai kostum seperti toyol manakala seorang lagi berpakaian seperti pocong. 

Ketiga-tiga mereka menunggang sebuah motosikal dan mengelilingi pusat bandar. 

Tindakan mereka itu juga telah menarik perhatian orang ramai.

Mengulas  kejadian itu, Ketua Bahagian Lalu Lintas,  Polis Lubuklinggau, AKP Desi Azhari menegaskan bahawa tindakan ketiga-tiga individu tersebut telah melanggar peraturan lalu lintas serta membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian serupa pada masa akan datang agar segera melaporkannya kepada pihak polis.

“Jika berlaku apa-apa atau kejadian seumpama itu lagi, segera laporkan kepada pegawai berhampiran dan terus buat aduan supaya tindakan lanjut dapat kami ambil dengan segera,” katanya.

Desi turut menasihati masyarakat agar tidak terpengaruh untuk menghasilkan kandungan (konten) yang sedang tular di media sosial, terutamanya jika ia dilakukan dengan cara yang boleh mengancam keselamatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN