fbpx
PEGAWAI penguatkuasa MBS menjalankan pemeriksaan premis rumah urut dan rumah tumpangan tidak berlesen. Foto MBS

124 premis rumah urut tidak berlesen dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Sebanyak 124 kompaun dikeluarkan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) terhadap premis rumah urut dan rumah tumpangan tidak berlesen sejak tahun lalu hingga 30 April lalu.

Daripada jumlah itu, 88 kompaun direkodkan sepanjang tahun 2025 membabitkan premis rumah urut tidak berlesen, manakala 36 kompaun lagi dikeluarkan bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

MBS dalam kenyataan memaklumkan, daripada 36 kompaun yang dikeluarkan tahun ini, 29 membabitkan premis rumah urut tidak berlesen dan tujuh lagi terhadap rumah tumpangan yang tidak berlesen serta melanggar syarat lesen.

“Selain kompaun, tindakan sitaan turut dijalankan ke atas premis yang menjalankan aktiviti rumah urut dan rumah tumpangan tanpa lesen.

“Sebanyak 26 sitaan dilakukan pada 2025 dan lapan sitaan direkodkan setakat tahun ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut MBS, sebanyak 107 operasi penguatkuasaan dilaksanakan sejak tahun lalu hingga kini bagi membanteras aktiviti tidak bermoral dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Katanya, sebanyak 136 kertas siasatan turut dibuka di bawah Undang-Undang Kecil Rumah Urut MPS 1984 sejak 2024 hingga kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN