fbpx
YAHAYA menandatangani plag sempena Majlis Perasmian Pejabat Polis Bantuan Kosma Keratong Muadzam Shah, di Rompin hari ini.

Kosma tubuh polis bantuan pertama sektor koperasi perladangan di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ROMPIN – Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) Plantation (Pahang) Berhad melakar sejarah tersendiri apabila menjadi koperasi perladangan pertama di Pahang yang menubuhkan unit polis bantuan bagi memperkukuh tahap keselamatan di kawasan operasinya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, langkah tersebut dilihat sebagai usaha proaktif syarikat berkenaan dalam memastikan keselamatan pekerja, aset syarikat serta kawasan ladang sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Penubuhan unit ini merupakan satu perkembangan positif yang wajar dicontohi syarikat dan koperasi lain yang mana pada peringkat awal Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meluluskan penempatan seramai 23 anggota polis bantuan bagi menggerakkan operasi keselamatan di kawasan ladang berkenaan.

“Jumlah itu melibatkan seorang pegawai dan 22 anggota, ia boleh ditambah daripada semasa ke semasa mengikut keperluan serta justifikasi yang dikemukakan pihak pengurusan,” katanya selepas merasmikan Pejabat Polis Bantuan Kosma Keratong Muadzam Shah, di sini hari ini.

Beliau berkata, kewujudan balai pengawal tersebut memberi kemudahan kepada anggota polis bantuan untuk berkumpul, menerima taklimat serta menyelaras operasi keselamatan harian dengan lebih sistematik.

Menurutnya, semua anggota polis bantuan itu juga akan menjalani latihan secara berterusan yang dikendalikan oleh pihak polis menerusi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN