fbpx

90 pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 90 individu yang dikompaun polis ketika membuat serbuan di pusat hiburan di Jalan Kia Peng, awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Gara-gara ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pemilik premis termasuk 90 individu yang berkunjung ke pusat hiburan di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur dikenakan kompaun, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, serbuan dilakukan 15 pegawai dan anggota polis selepas menerima maklumat berkenaan pelanggaran SOP di pusat hiburan itu.

“Kita telah mengeluarkan kompaun kepada 51 lelaki dan 39 wanita atas kesalahan Seksyen 31, Peraturan 18 PU(A) 97/2021 (PKPB) Hadir/Terlibat Dalam Aktiviti Hiburan Di Kelab Malam/Pub (Aktiviti Terlarang).

“Anggaran kompaun yang dikeluarkan kepada pemilik premis (kesalahan berulang) dan kesemua pengunjung pusat hiburan itu adalah sebanyak RM470,000,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, polis turut merampas 500 botol minuman keras mengikut Seksyen 76 Akta Eksais 1976 dengan nilai rampasan anggaran RM400,000 dan boleh dilucuthak mengikut Akta Kastam 1976.

“Keseluruhan kompaun bersama rampasan minuman keras adalah sebanyak RM870,000.

“Kita tidak akan berkromponi dengan pusat hiburan yang jelas ingkar perintah SOP PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula Jumaat ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memastikan pematuhan terhadap SOP sentiasa di tahap yang tinggi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI