fbpx

Pemandu Grab diacu pisau, disembur ‘pepper spray’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pisau dan telefon bimbit milik mangsa yang dirampas dalam satu kejadian samun di Jalan Prima 1, Kepong Selasa lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu Grab berdepan detik cemas selepas diacukan sebilah pisau di leher dan diugut agar menyerahkan wang dalam satu kejadian samun di Jalan Prima 1, Kepong pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu kereta untuk menghantar seorang penumpang lelaki warga tempatan.

“Penumpang tersebut secara tiba-tiba telah mengacukan sebilah pisau di leher mangsa dan memaksa untuk menyerahkan wang miliknya sebelum bertindak menyembur cecair pemedih mata ke muka mangsa.

“Suspek kemudian terus merampas telefon bimbit milik mangsa yang berusia 41 tahun itu sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, suspek yang berusia 43 tahun itu bagaimanapun telah berjaya ditahan pada pukul 3.30 pagi hari ini di sekitar Kepong Baru.

“Polis turut merampas beberapa barangan termasuk wang tunai, sebuah telefon bimbit dan sebotol cecair pemedih mata. Keseluruhan rampasan bernilai RM1,000.

“Semakan rekod mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kini ditahan reman selama enam hari sehingga Isnin depan,” jelasnya.

Tambahnya, polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun yang dilaporkan sejak seminggu yang lalu selepas tertangkapnya suspek.

Kes disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan senjata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI