fbpx
KAPTEN Mesir, Mohamed Salah (tengah) dihimpit rasa kecewa apabila tidak mampu menamatkan perlawanan ketika seri 1-1 dengan Iran, hari ini. - AFP

Piala Dunia 2026: Salah cetuskan kebimbangan buat Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEATTLE – Bintang sensasi Mesir, Mohamed Salah mencetuskan situasi resah buat kem pasukannya selepas tidak mampu menamatkan aksi ketika seri 1-1 dengan Iran pada perlawanan ketiga Kumpulan G, hari ini.

Keadaan semasa Salah pastinya merencatkan pesta Mesir yang sudah pun mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Piala Dunia, namun pengendali pasukan, Hossam Hassan mahu terus kekal tenang.

Hassan menjelaskan, ketika ini masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan tentang keadaan terkini Salah dan harus menanti hasil ujian yang bakal dilakukan oleh pasukan perubatan.

“Dia sendiri meminta untuk dikeluarkan. Jika seseorang pemain meminta digantikan, itu bermakna dia merasakan sesuatu.

“Kami akan memastikan apa masalahnya. Kami akan membuat penilaian,” kata Hassan.

Terdahulu, The Pharaohs hanya memerlukan lima minit untuk membuka jaringan menerusi Mhmoud Saber namun kelebihan itu hanya bertahan sembilan minit apabila Ramin Rezaeian kembali menyamakan kedudukan.

Kira-kira 12 minit selepas babak kedua bermula, Salah mengadu tidak selesa dan kelihatan agak kecewa apabila dikeluarkan.

Dalam masa sama, Hassan juga mengesahkan pasukannya akan turut menilai keadaan pertahanan kiri, Ahmed Fatouh khususnya bagi menyiapkan skuad terbaik untuk menghadapi Australia di pusingan 32. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN