fbpx
Nor Omar (kiri) menunjukkan dua kepala lori yang ditemui di sebuah bengkel di Changkat Keruing, menerusi serbuan Jumaat lalu.

Kegiatan curi lori, motosikal dan kabel elektrik tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kenderaan termasuk lori dan kabel elektrik dalam satu serbuan di sebuah rumah dan bengkel dalam ladang kelapa sawit di Changkat Keruing, dekat sini Jumaat lalu.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang mekanik berusia 36 tahun yang disyaki menjadi dalang kegiatan itu sejak lebih setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, dalam serbuan pukul 9 malam, polis menemui dua kepala lori, empat motosikal dan 106 keratan kabel elektrik dianggarkan keseluruhan bernilai RM50,000 di premis tersebut.

“Siasatan mendapati tiga motosikal itu telah dilaporkan hilang di Sitiawan, Pantai Remis dan Kuala Lumpur manakala sebuah lagi motosikal serta dua kepala lori itu masih disiasat kerana nombor chasis telah diganggu, tetapi kami percaya ia juga dicuri.

“Polis percaya kesemua kenderaan itu dicuri untuk dileraikan sebelum komponennya dijual sebagai alat ganti kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini hari ini.

Menurut Nor Omar, kabel elektrik itu pula dipercayai milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dicuri dan pihaknya kini sedang berhubung dengan syarikat tersebut untuk pengesahan.

Beliau berkata, polis percaya kegiatan itu tidak dilakukan suspek seorang diri dan kini sedang menyiasat individu lain yang terlibat.

Katanya, suspek tidak memiliki rekod jenayah dan direman sejak Sabtu lalu hingga Sabtu ini.

Jelasnya, dia disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 431A kanun sama untuk kes melibatkan pemotongan kabel elektrik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN