fbpx

Johor Port urus penghantaran kontena tangki ISO ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Johor Port Bhd. (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, telah berjaya membantu mengeksport gas asli cecair (LNG) negara dalam kontena tangki ISO ke Shanghai, China dari Pelabuhannya di Pasir Gudang, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md. Derick Basir berkata, penghantaran tersebut merupakan eksport pertama LNG dalam kontena tangki ISO (tangki LNG ISO) dari Johor ke China oleh Petronas.

Menurutnya, kontena berkenaan selamat dihantar ke Pelabuhan Shanghai pada 23 April lalu.

“Pelabuhan Johor yang diuruskan oleh Johor Port mempunyai panggilan terus ke destinasi intra Asia dan mampu menguruskan barang berbahaya (DG) serta mengendalikan kargo khas bagi kargo yang tidak dapat menggunakan kontena standard.

“Penghantaran sulung ini menyaksikan peranan penting Johor Port dalam memperku­kuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab eksport tangki LNG ISO,” katanya dalam kenyataan semalam.

Md. Derik menerangkan, penghantaran sulung ini menyaksikan peranan penting Johor Port dalam memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab eksport tangki LNG ISO.

Jelas beliau, sebagai pelabuhan serba guna pintu masuk di selatan Malaysia dan juga sebagai Terminal Kelapa Sawit terbesar di dunia, Pelabuhan Johor adalah pelabuhan penting bagi industri Minyak dan Gas.

Pada masa depan, Johor Port akan memainkan peranan penting sebagai pemacu komoditi tenaga di Wilayah Selatan dan akan terus menyokong pertumbuhan perniagaan LNG di Malaysia.

Johor Port juga telah menye­diakan perkhidmatan marin untuk operasi bunkering LNG yang pertama negara pada bulan November tahun lalu.

POPULAR