fbpx

Pemborong ayam didakwa jual melebihi harga siling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Norkhuzaini (kiri) dan Saharuddin (dua dari kiri) memamtau harga barang kawalan sempena SHMMP Aidilfitri di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Segelintir pemborong di Terengganu didakwa masih menjual harga ayam melebih harga siling ditetapkan kerajaan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMPP) dilaksanakan mulai Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd. Norkhuzaini Ab. Rahman berkata, pemborong terlibat didakwa menjual ayam kepada peniaga pada harga RM7.50 hingga RM7.80 sekilogram berbanding RM7.10 dibenarkan kerajaan.

“Kita terima aduan tersebut daripada peniaga tentang dakwaan pelanggaran harga siling yang masih dilakukan segelintir pemborong ayam.

“Bayangkan jika harga borong sudah RM7.80, keperitan sudah pasti dirasai peniaga kerana cuma mendapat keuntungan 10 sen sahaja bagi setiap sekilogram ayam yang dijual,” katanya selepas mengadakan pemantauan harga barang kawalan sempena SHMPP Aidilfitri di Pasar Besar Kedai Payang di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia.

Harga ayam standard telah ditetapkan pada harga RM7.90 sekilogram sepanjang tempoh SHMPP Aidilfitri.

Mohd. Norkhuzaini berkata, pasukan penguat kuasa KPDNHEP negeri akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung aduan peniaga tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI