fbpx
Gambar hiasan.

Cuaca di Perlis, Kelantan, Terengganu masih panas terik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak tujuh kawasan di Semenanjung dilaporkan berada pada Tahap 1 (Berjaga-jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Menurut kemas kini status cuaca panas yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 4 petang tadi, kawasan terlibat adalah seluruh negeri Perlis serta lima daerah di Kelantan iaitu Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Machang serta Kuala Krai.

Selain itu, turut mencatatkan suhu pada tahap berjaga-jaga tersebut adalah daerah Setiu di Terengganu.

MetMalaysia berkata, keadaan cuaca panas tersebut boleh berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN