fbpx

RON97 naik 4 sen, RON95, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik empat sen kepada RM2.58 seliter berbanding RM2.54 seliter bagi tempoh bermula 22 April hingga 28 April depan.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel buat masa ini,” katanya hari ini.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI