fbpx

Mekanik dilepas dan dibebaskan kes amang seksual anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan seorang mekanik dilepas dan dibebaskan atas tuduhan amang seksual fizikal ke atas anak perempuannya, empat tahun lalu.

Hakim N. Priscilla Hemamalini membuat keputusan tersebut ke atas lelaki berusia 40 tahun itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes berkenaan di akhir pembelaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 13 tahun 4 bulan yang juga anak sulungnya.

Bapa dua anak itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di rumah tidak bernombor di Kampung Pulau Pisang Hilir, Jalan Malim Nawar dekat Kampar pada Julai 2018.

Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Waffy Ismail manakala tertuduh diwakili Peguam Keshvinder Singh, Sukhdave Singh dan Teeban Kummar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI