fbpx
Sekeping gambar dirakam pengguna jalan raya dipercayai kejadian kemalangan di Jambatan Pulau Pinang dekat George Town petang tadi yang tular di media sosial.

Gambar kesesakan di Jambatan Pulau Pinang tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua arah dekat sini mengalami kesesakan teruk apabila sebuah kenderaan dilaporkan terbalik selepas terlibat kemalangan petang tadi.

Difahamkan kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu berlaku di tengah-tengah jambatan sehingga menyebabkan laluan menuju ke Seberang Perai terhalang.

Menurut pengguna media sosial yang melalui jambatan itu, kejadian membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu seorang wanita yang dipercayai hilang kawalan dan terbalik.

Difahamkan pihak bomba membantu menyelamatkan mangsa dan mengangkat MPV terbabit bagi melancarkan semula trafik.

Sementara itu, sekeping gambar yang didakwa kejadian berkenaan yang dirakam pengguna jalan raya tular di media sosial sejak petang tadi.

Bagaimanapun setakat ini pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut. – K! ONLINE