fbpx
Johari ketika turun padang berkempen buat calon BN DUN Seri Menanti, Sufian Maradzi di PDM Kampung Tengah, Seri Menanti pagi tadi.

BN pilih pemimpin terbaik tolak modal politik isu skandal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendakwa pihak lawan terus memainkan isu skandal sebagai modal politik untuk memburukkan Barisan Nasional (BN) setiap kali musim pilihan raya.

Menurut beliau, serangan itu sengaja dihidupkan bagi mengalih perhatian pengundi daripada menilai keupayaan sebenar calon yang bertanding dan prestasi kerajaan.

“Bila tiba pilihan raya, benda-benda yang tak ada kena-mengena, isu boleh bangun balik (dibangkitkan kembali) sebab politik. Jadi kita rakyat, pengundi dalam kawasan ini kena melihat sebenarnya apa isu kita hari ni pilihan raya, kita nak cari pemimpin… nak cari kerajaan Negeri Sembilan jadi bila kita nak cari kerajaan ini kita kena memilih pemimpin.

“Nak memilih pemimpin ini pula kriteria apa? Pertama, orang ini mesti pandai jaga kawasan kalau dia boleh jaga kawasan, konsisten dia jaga kawasan maka kita akan bagi dia tanggungjawab yang lebih sikit.

“Akhirnya, yang mendapat manfaat adalah rakyat tetapi isu yang dia mainkan soal BN ini adalah isu skandal,” katanya ketika berucap pada program minum pagi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Tengah, Seri Menanti di sini hari ini.

“Kalau ada pemimpin buat salah, kita ambil tindakan. Bekas Menteri Besar, bekas menteri, malah bekas Perdana Menteri pun melalui proses mahkamah. Kita tidak pernah lindungi sesiapa.

“Kalau ada salah, ambil tindakan melalui proses, sebab kita memerintah negara ni 60 tahun kita tak pernah simpan penjenayah. Kalau ada buat silap itu tidak bermakna satu, dua orang parti yang berjasa 60 tahun ini untuk menjadi mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN