fbpx

Rawat penyakit dengan kentut di muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang paderi di Afrika Selatan merawat pesakit dengan kentut di wajah mereka. - Suara.com

CAPE TOWN – Seorang paderi di Afrika Selatan mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan hanya berkentut di hadapan muka pesakit yang datang menemuinya, lapor Suara.com, hari ini.

Christ Penelope dari Bandar Siyandani, Limpopo berkata,  dia bukan sekadar kentut di hadapan pesakit tetapi memberikan mereka kesembuhan.

“Saya sembuhkan mereka, bukan hanya kentut semata-mata,” tegas Penelope.

Bagaimanapun, kaedah Penelope mendapat bantahan beberapa paderi lain yang beranggapan perbuatan lelaki itu mencemarkan nama gereja.

“Gereja adalah tempat yang suci. Perbuatan ini bertentangan dengan kepercayaan agama kami,” ujar salah seorang paderi di gereja SevenFold Holy Spirit.

Meskipun kaedahnya lelaki ini luar kebiasaan namun ramai penduduk tempatan yang mempercayainya malah sanggup beratur lama menunggu giliran.

Ada yang sanggup menunggu dua bulan dalam senarai berjumpa Penelope semata-mata mahu mendapatkan rawatan kentut yang disediakannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI