fbpx
Abd. Rahim memeriksa perbarisan ketika tiba di Majlis Perasmian Bangunan PGA Batalion 8 di Pengkalan Chepa hari ini. - FOTO: ROHANA MOHD. NAWI

KDNKA teliti perincian tugas baharu AKSEM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) sedang meneliti perincian baharu tugasan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Pengarahnya, Datuk Seri Abd.Rahim Jaafar berkata, penugasan baharu itu akan dilakukan selepas menerima arahan daripada Kementerian Dalam Negeri berikutan agensi tersebut mempunya tugasan sama seperti Pasukan Gerakan (PGA).

Katanya, tugasan baharu anggota AKSEM akan diperincikan seiring dengan PGA terutamanya dalam usaha untuk memperkukuhkan penstrukturan kedua-dua agensi yang mengawal sempadan itu.

“Kita akan lihat aspek keanggotaan dalam PGA dikekalkan atau ditukarkan. Ini kerana, PGA dan AKSEM sudah berada di bawah kementerian yang sama.

“Bagi saya, kita perlukan angin perubahan baharu dengan menukar keanggotaan terutamanya dalam aspek tugasan yang akan dilakukan oleh AKSEM,” katanya selepas Majlis perasmian PGA Batalion 8 di Pengkalan Chepa di sini hari ini. – K! ONLINE.

 

POPULAR