fbpx
Abdul Hadi (tengah) dalam sidang akhbar di rumahnya di Rusila, Marang hari ini.

Pas teliti semula masa depan bersama Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Pas memutuskan mahu meneliti semula kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terutama dalam Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) tidak lama lagi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beberapa perkembangan dalam gabungan tersebut akan diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.

Ahli Parlimen Marang tersebut berkata, PAS telah menghantar surat rasmi berhubung isu tersebut kepada kepimpinan Bersatu pada 9 Mei lalu.

“Pas telah menubuhkan beberapa jawatankuasa termasuk Majlis Syura Ulama, Lajnah Pilihan Raya dan unit penyelidikan bagi meneliti secara terperinci kedudukan kerjasama (bersama Bersatu) .

“Beberapa perbincangan (antara kepimpinan Pas dan Bersatu) telah diadakan dalam mesyuarat PN,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

Abdul Hadi tidak menafikan wujud rasa kurang senang terhadap beberapa tindakan Bersatu termasuk isu penyelarasan calon dan gerak kerja pilihan raya sebelum ini.

Menurutnya, antara isu berbangkit jumlah calon diletakkan tidak seiring dengan kekuatan jentera di peringkat akar umbi, sekali gus memberi tekanan kepada jentera Pas di lapangan.

“Mereka (Bersatu) ada calon tetapi petugas terlalu sedikit. Akhirnya banyak kerja di lapangan digalas oleh ahli Pas sendiri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN